Thursday, June 3, 2010

tujuh

menggeletar.
rasa nak tidur lama-lama. rasa nak tidur sampai lusa. atau guna butang 'fast forward'. biar langkau hari esok. biar sedar lepas esok.. biarkan! biarkan!

yang pasti aku TAK MAHU JUMPA ESOK. jumaat yang esok. biar sedar bila sabtu.

sungguh aku risau aku rebah subuh esok. aku takut aku lumat. aku rapuh.
fikir tentang esok saja buat yang dalam ini jadi sebal. aku lembik.
hati dah macam agar-agar. terlebih air dan tinggal nak kuis dengan tangan. malu sungguh!

Tuhan, kuatkan aku.
pinjamkan aku sabar, pinjamkan aku semangat..yang jauh lebih dari biasa.
pinjamkan sekejap untuk lalu hari esok, jadilah.


tapi kenapa aku masih rindu esok?
masih menggeletar.



2 comments:

Anonymous said...

tepuk dada, tanye selera..

najlaa haridan said...

dah tepuk tapi tak bunyi