Saturday, June 5, 2010

mimdm

  • kecut perut bila kau minta nombor maktab. bila budak-budak kata kau nak kenakan aku malam sambut junior. tambah takut bila kau minta nombor maktab si najib. shit! definitely something fishy! aku ingat betapa aku rasa nak pengsan malam tu bila kau umum nombor maktab aku depan semua orang. dengan baju kurung merah menyala aku, rasa satu badan keras takmau bangun. sampai kena tolak. rupa-rupanya kau nak kasi hadiah lucky draw! hadoih.. bikin panik la. semua orang pun kena tipu dengan aktiviti lucky 'draw' kau tu. lucky DRAW la sangat kan. hahaha.
  • semua sebab kau la..gatal tangan masukkan discman dalam beg aku siapa suruh..kan dah 'menyusahkan' aku. tumpang dah la tak bayar..lepas tu macam bos main arah. nak cepat la apa la. amboi..banyak cantik muka kau? dorm aku jauh siot..beragak la nak aku jalan hantar kat kau. nasib aku suka kau. haha. soalan aku: kau ingat lagi tak kuih pagi pagi dan nasi lemak malam malam? kalau tak ingat kau memang lupa daratan!
  • aku benci fizik! (and add maths if u ever wonder. jangan salah faham..aku cinta maths but not add maths. that's just too much!) aku rasa kau nie macam kurang siuman bila kau dapat 85 dan 90, untuk dua2 subjek tu dan kau UPSET? kau memang tak siuman. aku nak lulus dulu pun nyawa-nyawa ikan. gila! nyaris-nyaris aku panggil kau nerdy. haha. ohh..tapi aku suka prinsip daya tujahan dengan analogi sampan tak pakai injin kau tu. i think that's brilliant except the part where u put me as your subject! aku pura-pura bengang tapi benda tu lekat dalam kepala aku sampai sekarang.
  • aku masih terbayang si teppei naik skuter biru duduk paling depan. dalam plastik beg lagi. kau biar je pak guard uia tu pandang semacam. hahahaha. rindu. sebut pasal skuter biru..kadang-kadang aku gelak sorang-sorang bila teringat kes kena tolak skuter biru. tepi highway dalam hujan lebat! dan aku dengan BAJU KURUNG HIJAU favourite aku. dalam hati aku nekad aku nak boikot skuter biru seminggu. malu hoi! haha. (dan nasib baju kurung hijau aku tu tak payah dry clean.. kalau tak, memang aku boikot skuter biru tu setahun!)

otak aku macam video cam. rakam dan putar balik semua benda.rasa macam baru tahun lepas semua tu jadi..rasa macam baru minggu lepas kau bawak teppei jumpa aku naik skuter..



rupa-rupanya dah bertahun ya? aku dah 'tua'..kau pun!

.

No comments: