Sunday, November 28, 2010

ini barulah environmentalist!

Hari Jumaat yang lepas bila Tasnim tanya aku nak balik ke kampung yang mana.. Port Dickson, atau Alor Setar, atau Kuala Lipis rumah aki, atau Kuala Lipis kampung sendiri? Baru aku sedar yang kampung aku banyak rupanya. Kalau tengok latar belakang, sebetulnya kampung aku ada dua saja; Jitra-Alor Setar dan Benta, Kuala Lipis (rumah aki tempat abah membesar). Tapi rumah rehat di Port Dickson pun dah kira kampung sebab banyak masa hujung minggu di habiskan di situ kalau Kuala Lumpur sesak. Now, let's talk about Kuala Lipis kampung sendiri. Maksud aku kampung sendiri tu dalam konteks yang senang saja.. bina sebuah rumah papan atas sebidang tanah sendiri.. wallahhh.. siap la kampung sendiri. Tapi mesti punya perancangan untuk balik selalu dan menganggap itu adalah kampung sendiri.
To materialise this, tanah abah yang sekangkang kera di Kuala Lipis tu nak dibuat dusun kata mama (Alhamdulillah... finally ada dusun sendiri). Jadi operasi balik kampung kali nie adalah operasi menanam pokok-pokok. Setakat hari nie, ada 18 batang pokok durian, 15 batang pokok rambutan, 10 batang pokok manggis (yes! yes! YESSS!), 10 batang pokok duku-langsat, 2 batang pokok longan dan petai, 1 batang pokok ciku, sukun, asam gelugur yang berjaya ditanam... hidup mati belum tentu. Haha.

Kinda excited untuk balik menanam pokok-pokok, so I packed my stuff happily sampai lupa yang tidur 2 malam saja. Family Pak Teh pun ikut... dah boring tidur bandar la tu. Hahaha. Biasalah.. abah kata hidup kena adventure. Itu sebab aku belajar bawak dinghy sebelum bawak kereta. Siapa-siapa yang kenal, memang sedia maklum lah perangai abah.



730am: 21degrees. And surprisingly malam-malam tidur tak ada nyamuk.

Anyway, rumah dusun nie tak siap betul-betul lagi. Masih dalam proses menebas, menanam pokok-pokok, dan menurap dengan tanah dan batu.

kerjasama!

Yearghhh..lihatlah dunia.. Tuan Haji Haridan tengah buat field work. Siap tanam pokok dengan kain pelikat lagi okeh.

Ateh + Makteh

Aku tanam 4 batang pokok durian dan rambutan. Pokok manggis tak sempat, Arif dah tanam dulu. :)


Lunch. Aku tukang goreng ayam dan ikan saja.


Tengah hari sekadar masak lauk kampung dengan ulam-ulam. 'To fit the ambiance', abah kata. Sambil makan tengah hari sambil dengar radio. Mana abah tak tambah 4 pinggan. Ateh yang konon-konon dilihat kecil tu pun tambah 3 pinggan.


Well I guess the coming musim buah next year should be FUN! Insyaallah ;) Cuma satu. Cotton On aku dah tukar warna dari putih ke warna kuning. I think I need to get a new one. Yang sama.




lala.


4 comments:

Nur Aqilah said...

besttnyeee ade dusun cm 2..

najlaa haridan said...

jom musim buah nnt kita picnic(?)kat situ! tp tunggu pokok besar dulu la. ;)

Nur Aqilah said...

giler best ^__^

najlaa haridan said...

:)