Saturday, May 22, 2010

Abu v Milah. siapa menang?

hari jumaat selalunya jadi hari suka-suki-ini-kami-punya-office-mood. biasalah..dah hari jumaat, mood bekerja langsung tak ada (kalau ada pun mungkin tak sampai 1/3 daripada energy level dalam badan). kebiasaannya la. maklum aktiviti malam minggu yang beratur memanggil ikut serta. tapi hari nie mood berubah. serius. tegang. berikut adalah komunikasi antara seorang atasan, Abu; dan orang bawahannya (namakan saja Milah).

"kelmarin saya dah ckp dgn awak..tunggu file tu dan siapkan deraf penghakiman. kenapa tak siapkan lagi? saya nak kena pegi court pagi nie. mati saya kena marah dengan hakim. saya cakap dengan awak..awak ingat saya main-main." Abu marah.
"saya tunggu file tu sampai pukul 5, so bila dah tak ada..saya balik la. lgpun dah habis office hour," kata Milah cuba bela diri. nada dah tinggi lawan bos sebab rasa diri tak salah.
"ye saya tau kalau dah pukul 5 awak boleh balik. tapi sebelum tu kan saya dah pesan file tu urgent. which part of it yang awak tak faham? oh..kalau balik kena on time..hari nie awak masuk office pukul berapa? tepat pukul sembilan?"
*diam*
"kenapa tak jawab? saya call awak masa saya kat mahkamah petang semalam. saya cakap dengan awak file tu kena siapkan by hook or by crook. Kan dah ada orang hantar file tu pukul 4 petang. mcm mana awak boleh tak dpt file tu? ke awak memang balik awal? kalau betul awak tak dapat..kenapa awak tak call saya bagitahu??"
"habis incik Abu nak saya buat apa? dah jadi dah pun. bising pun tak guna!!" marah Milah.

tak lama lepas tu, Abu tinggalkan Milah terkapai kapai dan masuk bilik bos besar. Abu serah surat letak jawatan berkuatkuasa 30 hari dari notis surat perletakan jawatan tersebut. Milah? langsung takda rasa salah Abu kena marah dengan hakim dan fed-up dgn cara kerja beliau sehingga letak jawatan. 3 tahun Abu sabar dengan perangai Milah. i mean, how can u talk to your superior like that? Milah jerit marah marah sebab dia ingat Abu lawyer baru yang tak tau apa2 sedangkan dia kerani 'SENIOR' yang dah lama kerja. ada la dalam 4-5 tahun. dan sampai habis waktu bekerja.. Milah jaja2 cerita yang kononnya Abu yang tak bertanggungjawab tapi salahkan beliau. rakan-rakan Milah simpati dengan Milah sebab Milah kononnya mangsa keadaan.

dalam dunia ni macam2 jenis orang ada. sedangkan jari pun tak sama panjang..inikan pulak manusia. tp kita hidup kena ada nilai. belajar hormat orang, belajar terima pandangan orang lain (walaupun kau tak setuju). mintak maaf bila buat salah. orang akan hormat kita. sebab kita berani. berani mengaku kesalahan kita. ey, tak macho la suruh2 orang lain pikul. tak cukup gentleman kalau mcm tu. dan takkan calar pun ego Milah kalau dia mintak maaf pada Abu. sebab dah terang terang dia salah. kalau tak nak mintak maaf pun..Milah patut duduk diam muhasabah diri balik, daripada reka plot jadi mangsa keadaan. manusia. banyak yang gila kuasa.


*cerita yang dah di tokok tambah supaya lagi emosi*


... hadoih..drama hari jumaat nie! pusing!!



2 comments:

Sarah CJ said...

wahahaha, gile dasat Milah tu sampai loyer pun leh letak jawatan sebab perangai dia.

najlaa haridan said...

sarah: dashyat gila kan. Milah memang kerani 'terbaik' la. Ohh..lupa nak cakap. Milah punya kepala lagi super hebat. bos besar dalam tangan. haduihhhh.. dunia dah terbalik.