Sunday, July 10, 2011

"So I'll start a revolution from my bed"

Ok itu lirik lagu Oasis.

Somebody asked my mom today at the neighbour's wedding, "Eh.. your daughter yang lawyer tu tak pergi Bersih rally ke?"

Very funny of you makcik. Trying to be cynical just because I'm the member of the BAR, the organizer of the rally. Just so you know, I support the CAUSE and not the action. Bukan semua pun yang Bar Council tu buat mewakili suara SEMUA PEGUAM MALAYSIA. Bukan. Kalau dulu Bar Council anjurkan conference berkenaan freedom of religion for Muslim to opt out from Islam (Yes.. also under the supervision of our very own, the then president of the Bar Council, Ambiga), kau nak kata peguam-peguam muslim yang jadi ahli Majlis Peguam pun menyokong? Itu pukul rata tu.

As far as I'm concern, I am all for the cause! The very idea of it. I want peace and a stable country like the rest, fellow Malaysians. Itu basic lah kawan-kawan oi. Ohh come on... would you oppose to have a clean election? Really?

Isu nie dah lama. Trending for quite some time but I've been restraining myself from commenting on this issue. I just wanna see how far this can go wrong.. and how far can it be tainted, konon-konon macam tak mahu involve walau sepatah kata pun lah. Kita tunjuk masa election sudah. Haihh.. tapi bila makcik tadi tanya macam tu.. tak jadi pulak duduk diam sorang-sorang. Now let's have a look at the idea or demand (if I may call it) of Bersih:

1. Bersihkan senarai undi

• Senarai undi harus dibersihkan dengan segera untuk menyingkirkan ‘pengundi hantu’ seperti orang yang telah meninggal. Pendaftaran pengundi automatik yang diselarikan dengan senarai Jabatan Pendaftaran Negara boleh menyelesaikan masalah pengundi hantu dalam jangka masa panjang.

2. Mereformasikan undi pos

• SEMUA pengundi seharusnya dibenarkan untuk mengundi melalui undi pos atau mengundi lebih awal sekiranya seseorang individu itu tidak dapat berada di kawasan pengundian semasa hari mengundi. Anggota polis dan tentera yang tidak bertugas harus mengundi seperti biasa pada hari mengundi. Undi pos mesti dijalankan dengan telus! Agen parti politik harus dibenarkan untuk memantau proses undi pos.

3. Gunakan dakwat kekal

• Penggunaan dakwat kekal boleh mengelakkan seseorang (atau pengundi hantu) daripada mengundi beberapa kali.

4. Masa kempen minima 21 hari

• Masa yang lebih panjang diperlukan untuk calon menyebarkan maklumat, terutamanya di kawasan luar bandar dan pedalaman.

5. Akses media yang bebas dan adil

• RTM dan Bernama adalah agensi media yang dibiayai oleh kerajaan. Mereka sepatutnya memberi liputan yang seimbang dan adil untuk semua parti yang bertanding. Parti politik harus dibenarkan untuk membuat pengiklanan tanpa sebarang diskriminasi dan penapisan. Ini adalah mengenai keadilan! Semua media perlu memberikan hak untuk semua parti membalas kepada tuduhan-tuduhan negatif terhadap mereka.

6. Kukuhkan institusi awam

• Institusi awam dan kakitangan kerajaan harus tidak berat sebelah dan menegakkan undang-undang dan demokrasi. Institusi awam harus direformasikan supaya bertindak secara bebas, menegakkan undang-undang dan melindungi hak asasi manusia. Badan Kehakiman harus memelihara kebebasannya dan menegakkan kedaulatan undang-undang tanpa gentar atau memihak. Peguam Negara perlu bertindak secara tidak berat sebelah dan mengutamakan kepentingan rakyat. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia harus bertindak dengan adil dan menghentikan pendakwaan selektif dan penyalahgunaan kuasa. Polis Di Raja Malaysia perlu bertindak secara profesional dalam melaksanakan tugas dan menegakkan kedaulatan undang-undang.

7. Hentikan rasuah

8. Hentikan politik kotor


Lihat, tak ada salahnya penganjuran Bersih. Theoretically lah! Siapa yang nak bantah untuk perkara-perkara asas semacam tu? I don't quite understand who in the right minded would oppose to such principle of natural justice. Fair election for the betterment of the country.. that is all they are asking for, right? FOR THE BETTERMENT THE GOVERNMENT OF PEOPLE. Democracy yada yada. Orang gila (aku namakan mereka orang gila sebab tak tahu nak namakan apa) saja tak mahu pilihan raya telus wahai cik kak, cik abang! (Sebab tu aku tak faham kenapa permit tak boleh keluar.)

But then again..the implementation that I doubt. Like how some (read: almost half if not all) of the crowd that gathered actually shouted for "Hancurkan BN!" and/or "Reformasi!" and whatnot.
(Google atau Youtube sendiri video Bersih). Itu dah bukan untuk 'Bersih'! Correct me if I'm wrong, the spirit of Bersih sepatutnya bukan untuk gulingkan kerajaan, tapi clean election, no? Bersih should be apolitical and that any support for BERSIH has nothing to do with a committed declaration of certain Political Party to Vote For, to rule MALAYSIA.

Benda yang asalnya baik, kalau tak kena caranya, boleh jadi tak baik. It should be about people, for the people. And not the individual rights. Tapi kalau tengok yang jadi hari nie, lebih pada masing-masing punya kepentingan. Bersih tak sepatutnya jadi bahan yang dipolitikkan.

On the other hand, kalau setakat nak berhimpun secara aman for a good cause, tak salah. Polis patut keluarkan je permit.. kemudian monitor. Bukan susah pun. Tapi kenapa pulak tak bagi permit? Bukan ke polis sepatutnya neutral? Pegi tutup jalan, buat roadblock sampai susahkan semua, so much for the people?
If i remember it correctly, tear gas itu sakit tak ingat dunia. Masuk ke hidung naik sampai mata. Aku yang kena dua tahun dulu pun masih boleh ingat sakit tu sampai sekarang. The government could have avoided it if they had just allowed the rally.

It's ugly!

Dan yang opportunists sekalian, sila jangan tamak kuasa. Be it the government, or the opposition. Jangan gila kuasa sampai jeopardize negara sendiri. Kau suka orang buat lawak negara sendiri? Kau suka orang gelakkan negara sendiri? BBC tayang berita rakyat Malaysia lari-lari elak tear gas, polis-polis jadi kartun? Siap masuk Al-Jazeera. Bangga ke kau kau semua bila negara sendiri kena gelak? You cannot demand absolute freedom people. That's not how you play your cards. Kebebasan mutlak itu hanya milik yang Satu. Kena ingat, Malaysia is not about 'you' selfish people only, ada berjuta-juta rakyat. Kena sama-sama fikir baik buruk untuk semua.

Haih.

'Kelakar.'

Regardless of which fraction/political party we belong, the cause should be for the people. The government of the people, from the people, to the people. Baru namanya demokrasi. Keamanan hari ini bukan murah tuan-tuan, puan-puan.



Subang at 2 a.m.

We may agree, or disagree. As long as we know our limit, it doesn't make us less Malaysian or less human. Have a good day everyone.. and stay safe. No matter what.

(Jangan lupa daftar sebagai pengundi.. dan UNDI. Baru sedap kalau bercakap isu demokrasi. Ye dak?)

lala.


2 comments:

prototype said...

can i add?
bersihkan dunia pendidikan dari politik kotor~ don't mess around with education, itu memperjudikan masa depan anak2 thru politic. that is a total insane act.

najlaa haridan said...

angah, if they ever mess with education system for politics.. I guess there's no hope for the country then.