Saturday, August 7, 2010

ADiB HARiDAN

rasa-rasanya ini adik paling jimat. semua benda nak jimat. kalau beli barang, rasa hebat gila la kalau dia dapat beli harga paling murah. berlagak gila kalau dia dapat cari tempat makan murah tapi sedap. dan kalau boleh..hari-hari nak mintak orang belanja. juga dikenali sebagai anak dara mama yang ketiga. (reason wise: bersiap PALING lambat dalam semua orang! tak percaya boleh datang sini dan tengok sendiri. Adib suka duk toilet lama-lama nak mampos! dalam kes nie dia tak jimat).

Adib gunapakai prinsip jimat untuk semua.
contoh #1: lulus peperiksaan darjah tiga (PTS) dan skip darjah empat terus masuk darjah lima.
contoh #2: menghabiskan ijazah sarjana muda kejuruteraan mekanikal satu semester lebih awal.
jimat jimat jimat! haha..

*yang pertama dalam berenam. 5 tahun tunggu. tahniah. (even awak potong giliran saya..tak aci!)*

*kami enam beradik*


*Adib + Cik Girlfriend - siapa cakap parents saya tak cool? HAHAHA*



*Tasnim + Najlaa. bersama aiskrim yang dibelanja. serious panas okay!*


YAYYY!! adik saya dah jadi incik engineer laaaa...phewittt! lai lai lai.. open table lai..


nota kaki: incik.. saya baru ingat nak bakar bunga api untuk kamu hari isnin nie. aiseyh..postpone pulak. guess i have to wait for another 2 weeks..good luck then. in the mean time..gambate kudasaine. ;)


najlaaharidan.


2 comments:

hanabanana said...

lala..i mcm perasan tudung kakak u je.. cantiiik..hehe

najlaa haridan said...

hanaaaaa...kata la u lupa tu tudung i slalu pakai dulu?? sampai hati :(